Pakej percutian Musim Bunga ke Kashmir dari Kuala Lumpur selama 8 hari 6 malam 2024


🌇🌆  *8H6M KASHMIR MUSIM BUNGA 2024*  🌇🌆
   
*Date : 18 - 25 APRIL 2024* 
   
Jenis Pakej: Pakej Lengkap  
   
.
   
*DEPOSIT RM 500*  
   
Harga Asal  ~RM5999~/Pax   
👉 *Promo : RM5190/Pax*  
Dewasa : 12 Tahun keatas   
   
👉RM 4890/pax   
Kanak Kanak Berkatil (6-11 Tahun)   
   
👉 RM 4190/orang    
Kanak Kanak Tanpa Katil (2-5 Tahun)    
   
👉 RM1000/Orang    
Bayi (2 Tahun kebawah)   
   
👉 RM6190/Orang     
Single Stay
   
.
   
*PAKEJ TERMASUK*    
✅ Tiket Flight beserta luggage
✅ Penginapan Hotel 3-4* 
✅ Shikara ride di Tasik selama 1 jam
✅ Pergi ke Beetab Valley dan Aru Valley menaiki Jeep di Pahalgam
✅ Ist Phase Gondola ride di Gulmarg
✅ Bayaran masuk di Taj Mahal, Agra, Mughal Gardens, 
Srinagar
✅ Parking,permit dan patrol untuk kenderaan
✅ 2 Botol air mineral sehari untuk seorang
✅ Sufi music dengan tarian
✅ Makan malam di srinagar (Group Only)
✅ Pemandu pelancong berpengalaman berbahasa English  
✅ Tipping pemandu pelancong dan driver
✅ Makanan halal atau mesra Muslim seperti dalam Jadual Perjalanan.   
✅ Visa kemasukkan ke negara India bagi
warganegara Malaysia
   
*PAKEJ TIDAK TERMASUK*  
❌ Makanan sewaktu dalam kapal terbang.   
❌ Dokumen visa untuk bukan warganegara malaysia
❌ Perbelanjaan yang bersifat peribadi, seperti minuman, cenderahati,    
panggilan telefon, dobi, dsb.   
❌ Insurans perjalanan.   
❌ Lawatan pilihan yang tidak dinyatakan
⛔️ *Dan lain2 yg tidak  dinyatakan diatas*   

.

   
*🗓 TARIKH* :   
18 - 25 APRIL 2024
   
*✈️ DETAIL FLIGHT* :  
MH172 KULDEL 0855 1220
MH191 DELKUL 2310 0705+1
  
*🏙 PENGINAPAN* :

New Delhi 4* : Hotel Ashok Country atau
setaraf
Srinagar 4* : Hotel Karam Gold atau
setaraf
Srinagar 4* : Deluxe Houseboats atau
setaraf
Agra: Royal agent Agra,Howard Park Plaza atau setaraf

🗓 JADUAL PERJALANAN :🗓

HARI 1: KUALA LUMPUR – DELHI (MM)

Berkumpul 4 jam sebelum berlepas di lapangan terbang KLIA dan semua peserta akan diberi taklimat berkenaan perjalanan ke India oleh wakil ketua rombongan syarikat kami. Daftar masuk penerbangan dan berlepas dari KLIA sehingga selamat sampai di Delhi, India. Setiba di lapangan terbang New Delhi, anda akan disambut oleh pemandu pelancong tempatan. Makan malam dan bermalam di hotel.

HARI 2: DELHI – SRINAGAR (SP/MT/MM) (FLIGHT)

Sarapan pagi di hotel, anda akan daftar keluar dari hotel dan terus ke Lapangan Terbang Srinagar untuk menaiki pesawat pada pagi itu. Anda akan menikmati pemandangan yang indah gunung-gunung sebelum tiba di Lapangan Terbang Srinagar. Selepas itu, terus ke 
houseboat dan daftar masuk houseboat dan makan tengah hari di restoran tempatan. Setelah makan tengah hari, melawat Nishat Garden dan Shalimar Garden. Selepas itu, melawat Kilang Karpet dan membeli belah di kilang karpet, tudung dan cenderahati. Meneruskan perjalanan ke houseboat dan menikmati shikara ride untuk mendapatkan pemandangan matahari terbenam selama 1 jam. Makan malam di houseboats.

HARI 3: SRINAGAR – PAHALGAM – SRINAGAR PERJALANAN 2 JAM 30 MINIT (SP/MT/MM)

Setelah sarapan pagi di hotel, anda akan ke Pahalgam Enroute melawat the Apple Valley,  Apple Orchids, dan menikmati kecantikan Orchids, perjalanan diteruskan ke Pahalgam.  Setelah tiba di Pahalgam, dan terus ke Beetab Valley (merupakan lembah yang terkenal di  filem Bollywood Beetab), melawat The Aru Valley (merupakan lembah yang terkenal dengan  kecantikan semulajadi dan kampung shepherds). Kemudian, makan tengah hari di restoran  tempatan dan kembali ke Srinagar. Makan malam di hotel.

HARI 4: SRINAGAR – GULMARG - SRINAGAR PERJALANAN 1 JAM 30 MINIT  (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel, anda akan meneruskan perjalanan ke Gulmarg – Nestled di Pir Panjal  Range terkenal dengan pemandangan semulajadi. Setelah tiba di Gulmarg, dan terus ke The  Gondola Ride dan menikmati pemandangan yang cantik seperti, pine forest. Selepas,  menaiki The Gondola Ride, anda akan melakukan pelbagai aktiviti terdapat di atas puncak  (aktiviti tidak termasuk di dalam pakej) boleh juga bayar di kaunter. Selepas seharian di  Gulmarg, makan tengah hari di restoran. Selepas itu, kembali ke Srinagar dan melawat kedai  cenderahati, untuk membeli belah, dan terus ke houseboat dan makan malam di hotel.

HARI 5: SRINAGAR – DELHI – AGRA PERJALANAN SELAMA 4 JAM 30 MINIT  (SP/MT/MM)

Setelah sarapan pagi di hotel, anda akan memulakan perjalanan ke lapangan terbang  domestik Delhi. Setelah tiba di Delhi terus menikmati makan tengah hari di restoran tempatan.  Kemudian, meneruskan perjalanan ke Agra. Setelah tiba di Agra, daftar masuk hotel dan  makan malam di hotel.
 
HARI 6: AGRA – DELHI PERJALANAN SELAMA 4 JAM 30 MINIT (SP/MT/MM)

Pada awal pagi, anda di akan melawat Taj Mahal untuk mendapatkan pemandangan matahari  terbit di waktu pagi. Selepas lawatan ringkas, peserta diberi masa untuk bergambar di Taj  Mahal. Selepas itu kembali semula ke hotel untuk sarapan pagi. Selepas sarapan pagi di 
hotel, anda di minta daftar keluar hotel akan melawat Kilang The Marble dan melihat  bagaimana proses marble di buat. Selepas itu, peserta akan makan tengah hari di restoran  yang terkenal di Taj, Selepas makan tengah hari akan bergerak ke Delhi. Selepas sampai di 
Delhi, anda akan mendaftar masuk hotel dan makan malam di hotel.

HARI 7: AGRA – DELHI – KUALA LUMPUR (SP/MT)

Setelah sarapan pagi di hotel, anda akan melihat permandangan bandar di India Gate,  Presidents Palace dan Jamia Masjid. Kemudian, makan tengahari dengan makanan  Mughlai yang terkenal dengan biryani. Selepas itu, diberi masa untuk membeli belah sebelum  ke Lapangan Terbang untuk pulang ke Malaysia.

HARI 8: KUALA LUMPUR (MDK)
Tiba di Malaysia bersama kenangan yang terindah semasa lawatan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama